05 June 2015

Slot Analisa Data Kualitatif di Seminar Jomhebat Pascasiswazah 8.0 di MPWS Training Centre, Bangi, Selangor

Ini adalah kali ke-7 penyertaan saya sebagai pembentang slot dalam siri Seminar Jomhebat Pascasiswazah. Kali ini saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan slot seminar selama  1 jam 30 minit bertajuk "Jom Analisa Data Kualitatif dengan ATLAS.ti". Syukur Alhamdulillah, sesi ini telah berlangsung di hadapan hampir 250 orang peserta seminar yang rata-rata terdiri daripada penyelidik Master dan PhD.

Tahniah MPWS atas penganjuran seminar kali ini!

Klik gambar pertama di bawah untuk download nota slaid pembentangan!



31 January 2015

Slot Kajian Kualitatif di Seminar Jomhebat Pascasiswazah 7.0 di USIM, Nilai, Negeri Sembilan

Jadi saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan slot seminar selama  1 jam 15 minit bertajuk "Mudahnya Kajian Kualitatif dengan ATLAS.ti". Syukur Alhamdulillah, sesi ini telah berlangsung di hadapan hampir 280 orang peserta seminar yang rata-rata terdiri daripada penyelidik Master dan PhD.

Tahniah MPWS atas penganjuran seminar kali ini!

KLIK SINI untuk download nota slaid pembentangan saya!

27 December 2014

Jenis-jenis soalan temubual untuk kajian kualitatif

Mari kita tonton video ringkas yang menerangkan jenis-jenis soalan temubual untuk kajian kualitatif.

15 December 2014

Tip menjalankan temubual untuk kajian kualitatif

Video terbaru yang menerangkan beberapa tip menjalankan temubual untuk kajian kualitatif.

05 December 2014

Kursus Kajian Kualitatif: Apa, Bila, Kenapa, Bagaimana di UUM SIntok, Kedah

Kursus sehari "Kajian Kualitatif: Apa, Bila, Kenapa, Bagaimana" telah berlangsung pada 5hb Disember 2014 di Pusat Islam, UUM Sintok, Kedah. Kursus ini dianjurkan oleh Key Seekers Event Management.

28 November 2014

Definisi Kajian Kualitatif

Penerangan oleh Ani Munirah Mohamad untuk mendefinisikan kajian kualitatif.

22 November 2014

Seminar Jomhebat Kualitatif 2014 - LIVE di Bangi, Selangor!

Pada 22 November 2014, Seminar Jomhebat Kualitatif 2014 telah berlangsung di MPWS Training Centre, Bandar Baru Bangi, Selangor dengan 175 orang peserta!